Thursday, October 22, 2009

Hidupku Yang Samar


Saat hilangnya taat pada yang lurus dan ikhlas
Diberi nikmat yang terpilih ke jalan duniawi
Apakah erti hidup jika jalanku sesat?
Mulia manusia memandangku
Bangga ibuku merenungku
Dibalik tirai kuhina maruahku sendiri
Ku buka jalan kepanasan api yang terpanas
Teman baik ku tunjuk baik
Teman liar ku lebih liar dari yang liar
Dimana fikiranku?


Sungguhku jahil tidak terfikir Allah memerhatiku
Ku hina dan kupandang menusia fakir terlalu najis
Ku anggap diriku yang lebih dari yang mulia tanpa jelas
Ku maki dan ku pejam mata untuk tidak ku endah
Berkira sungguh hasilku walaupun haram datangnya..


Bangga sungguh apa yang ku dapat
Riak berteriak apa yang ku ada
Janji ku balas dusta
Ikhlas ku balas senda
Dimana imanku? Habiskah imanku?
Hingga… Saat keperitan ku hilang arah
Terlihat segala dosa dan hati hitamku
Nur yang sedikit membantu tegak lurus dari yang sesat
Sempatkah aku?
Layakkah aku memulih diri?
Sebelum mati..


Kubersalah dan yakin ku salah
Ku berdoa hingga airmata ku keluar
Namun dimanakah orang yang ku hina?
Hidup lagikah dia? Redha lagi kah dia?
Sempatkah Allah beri redhanya sebelum kukumpul doa taubatku?
Kukembali jalan yang lurus
Ku baca al Quran hiasan rumahku
Kumencari redhanya Allah
Ku teliti jika ada amal ku..Kosong?..
Ya Allah.. Bergunakah sesalku ini..
Hinanya aku ya Allah
Sampai bila taubatku ini?
Hingga bila ku kenal diri?
Hingga kini kucari redhaMu..


Hati ku jiwaku masih sakit
Kekalkan iman dan amalku
Walau sedikit kan ku kumpul menjadi bukit
Datanglah orang yang soleh..
Bantulah hambamu ini yang masih samar jalan hidupnya..
Moga Allah memberi berkat dan syurganya
Islam jalan yang benar jangan biarku anggap salah
Pimpinlah aku…
Supaya tak terlanjur selamanya..✿


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Sunday, October 4, 2009

Saturday, August 22, 2009

Saturday, August 15, 2009

Selamat Menyambut Puasa Ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari, Photobucket

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri
sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."


Wasalam Photobucket

Monday, July 6, 2009

Puisi:Sepi sekeping hati

Dingin malam seakan menggigit hati..
Nan sepi tersisih di pinggir derita..
Tanpa berteman..
Tanpa kemanisan..
Sendirian..
Di temani dian malam yang kian kelam cahayanya..

Suci sekeping hati ini..
Ingin sekali ku khabarkan padamu..
Yang hadir tiap detik hanya kelukaan.. <
Mungkinkah ada pengerian antara kita??..
Kau pernah terluka dan aku jua..
Sama-sama merasa pedihnya.. Photobucket

Aku menangis kerana dia
Tapi......
Kehadiranmu..
Membaca khabar gambira yang dulu hilang... Photobucket
Niatmu nan suci itu..
Tak ingin ku pinggirkan..
Namun...
Menganyam angan denganmu...
Bagai satu mimpi...

Bagaimana dapatku nyatakan...
Diri ini tak seindah bidadari impianmu...
Terasa kerdilnya menyulam kasih itu...
Namun...
Aku rela...
Walaupun secebis ruang hatimu...
Kau simpan untukku..

Kelam malam kian menyedarkan aku... Photobucket
Tak usah leka..
Yakinilah aku...
Hati ini kan ku simpan untukmu...
Andai kau sudi di sampingku... Photobucket
Dan selalu setia..
Hanya untukmu..

Monday, June 29, 2009

Menu Makanan Cara Rasulullah 'Alaihi Wasalam

semoga bermanfaat...

Menu Makanan Cara Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam
* JENIS MAKANAN
Rupanya tanpa kita sadari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit.
Diet Rasullulah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam menyebabkan beliau Rasullulah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
* CARA MAKAN
* JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
* TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI.
*
JANGAN SESEKALI TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM . BARANG SIAPA YG TINGGAL UNTUK MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. (maksudnya, jangan makan malam)
* Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.
Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat
amalan antara lain:
* Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
* Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
* Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Tafakur sesaat seperti 70 tahun ibadah nilainya.
* Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
* Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasalam juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
* SUNAH CARA MAKAN MENURUT NABI Sallallahu ‘Alaihi Wasalam :
1. Makan garam secuil sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secuil dengan jari manis tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sendok. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu.
2. Berdoa sebelum dan setelah makan. Cuci tangan. Dan minum dengan memegang gelas dengan tangan kanan, meskipun tangan tersebut bekas kuah.
3. Duduk dibawah, bukan di bangku dan dimulai dari pinggir dan terakhir ketengah. Baik sekali makan berjamaah bersama keluarga, maupun teman. Seperti ketika haji atau buka puasa bersama di Masjid dalam satu nampan bisa untuk empat orang.
4. Jangan sisakan sebutir nasipun, karena nasi ini berdzikir.

Thursday, June 11, 2009

Saturday, May 9, 2009

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI BAHAN DARIPADA( KULIT BABI, URI & BINATANG YG TIDAK HALAL)

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4. Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ‘ Gold Cup’
6. Berus Gigi Jenis ‘ Reach’
7. Mee Kering ( sanggol ) 15.Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14. Beehon Segera Siam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN( LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL)

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16. Coklat Cake (yang cina buat bubuh bahan yang tak halal)
17. Tepung Kastard Lady’s Choice
18. Semua jenis Jelly
19. Semua jenis gincu bibir
20. Keseluruhan Jenis Sheisedo
21. Lady’s Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA

1. Barangan avon keseluruhannya
2. Pewangi ketiak terutama jenama vitalis & concord
3. Minyak rambut brylcream ( hijau )
4. Racun serangga jenis spray seperti sheltox, baygon & mortin
5. Seluruh ubat batuk jenis sirap
6. Keseluruhan ball pen dakwat kering
7. Tonik bayi grape water, tonik waterberry compound

Confirm - Pringles Potato Chips - tidak HALAL !!
Ref. Message: Pringles Potato Chips
Looks like you have to find another alternative to munch.
Just to let you and gang know…….. I have checked. It’s true that the chips contain Emulsifier.


AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA BERHATI-HATI SEBELUM MAKAN!
Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama pakaian sembahyang.
SEBARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA.
Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.

Thursday, April 30, 2009






pYzam Page Pets
FreeFlashToys Page Pets



Kek Parutan Oren

Bahan-bahan:-

5 biji telur
1 ¼ cawan tepung
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 sudu the perasa oren
1 biji oren –diparut kulitnya
1 sudu the serbuk penaik
½ sudu the esen vanilla

Cara membuatnya:-

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga lembut.
3. Masukkan serbuk penaik dan tepung sedikit demi sedikit,
4. Setelah itu,masukkan pula parutan oren dan kacau rata lagi sebelum dimasukkan ke dalam oven dengan suhu 180’C selama 1 jam.

Sunday, March 29, 2009




Lontong jawa

1.Gulungkan daun pisang memanjng begini.



2.Masukkan beras yang telah dibasuh dan ditos



3.Rupa beras yang setelah dibasuh dan ditos



4.Susun daun-daun pisang kedalam periuk secara bersilang2.



5.Merebus lontong ini memakan masa yang amat panjang. Kurang-kurang 5-6jam




VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com


Nasi ulam


bahan-bahan:-


600 gm nasi yang telah disejukkan
40 gm ikan bilis
40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
sebatang serai (diracik halus-halus)
1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)
1/2 sudu teh serbuk lada


cara-cara membuat:-



Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.
Mayang bawang merah halus-halus.
Ambil nasi yang sejuk.
Jika ada yang berketul,pecahkan.
Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.
Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.


Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.

Wednesday, March 11, 2009


Biskut suji

Bahan:
500 gm tpg gandum
200 gm gula aising
250 gm minyak sapi Ghee
Membuat:
1.Panaskan minyak sapi.
2.Tuangkan ke dalam adunan tepung dan gula.Gaul sebati.
3.Bentukkan bulat dan bakar dengan suhu 170’C selama 20 minit.



Biskut arab


Bahan A:
60 gm minyak sapi
30 gm gula kastor
½ sudu teh esen vanila

Bahan B:
75 gm tepung gandum
15 gm tepung kastad
½ sudu teh garam

Bahan C:
Sedikit gula kastor,untuk disalut

Membuatnya
1.Lengserkan dulang pembakar dan ayak tepung gandum.
2.Putar bahan A selama dua minit.
3.Kaup balikkan ke dalam bahan B.
4.Sejukkan adunan selama 20 minit d dalam peti sejuk.
5.Bentukkan bulat sebesar guli dan salut dgn gula kastor.
6.Bakar dengan suhu 180 ‘C selama 15 hingga 20 minit.
7.Biar biskut sejuk dahulu sebelum dsimpan.

Friday, February 20, 2009







provided by flash-gear.com